Tampilkan postingan dengan label perempuan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label perempuan. Tampilkan semua postingan

Pasha Ungu Teringin Dapat Anak Perempuan

. Kamis, 20 Februari 2014
0 komentar

PENYANYI kumpulan Ungu iaitu Pasha berharap akan dikurniakan seorang anak perempuan pada masa hadapan selepas memiliki dua cahaya mata lelaki tinjauan perkahwinannya dengan Adelia Wihelmina.

Kapan Lagi melaporkan, isteri Pasha baru sahaja melahirkan anak kedua mereka yang diberi nama Sakha Dyandra Sultan Yusuf beberapa minggu lalu.

“Saya bersyukur dengan kurniaan dua anak lelaki dan berharap pada masa hadapan akan dapat anak perempuan pula bagi memeriahkan rumah tangga kami,” katanya.

Selain Sakha Dyandra, Pasha dan Adelia mempunyai seorang lagi anak iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Dalam pada itu, Pasha berkata, dia berhasrat untuk memiliki ramai anak kerana sukakan keluarga yang besar dan mengakui tidak melakukan sebarang proses perancangan keluarga.

“Jika ada rezeki saya terima dan tidak perlu rancang-rancang untuk dapatkan anak,” katanya. - mStar Online

Read More..

Perempuan Tanpa Busana Keliling Kota Kerana Mahu Menguji Undang Undang

. Rabu, 12 Februari 2014
0 komentar
Khamis, 02 Ogos  2012 
Foto : Moira Johnston (orange)
Foto : Moira Johnston (orange)
NEW YORK - Moira Johnston menghabiskan waktunya dengan berjalan-jalan keliling kota dengan bertelanjang dada. Wanita berusia 29 tahun itu ingin menguji hundang-undang New York yang memperbolehkan seorang perempuan bertelanjang dada seperti lelaki.

Sejak Mei lalu, Johnston sudah sering berjalan-jalan mengelilingi wilayah timur New York tanpa mengenakan baju. Johnston mengatakan, banyak orang yang tidak sedar bahawa bertelanjang dada adalah hak dari perempuan New York, termasuk hak para polis New York yang sempat menangkapnya tanpa tuduhan.

Johnston menjadi aktivis telanjang dada setelah dirinya dikeluarkan dari klub yoga. Hal itu disebabkan  Johnston bertelanjang dada seperti lelaki di saat latihan yoga berlangsung.

"Saya ingin para perempuan mengetahui haknya dan memberikan semangat kepada mereka untuk bertelanjang dada," ujar Johnston, seperti dikutip Daily Beast, Khamis (2/8/2012).

"Bukan berarti semua orang harus bertelanjang dada, namun saya menyokong perempuan yang memilih untuk melakukan hal itu," imbuhnya.(AUL)

 okezone.com

Read More..