Adam Levine Lady Gaga Bergaduh Di Twitter

. Rabu, 12 Maret 2014


Laman sosial media seperti Twitter, Facebook dan Instagram kadang-kala boleh mencetuskan pergaduhan.

Perkara ini juga sering terjadi di kalangan selebriti popular sekiranya mereka tidak berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat berhubung sesuatu perkara.

Terbaru, vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine dikatakan secara tidak langsung menyindir seorang artis di laman Twitternya dengan menulis, “tindakan mengitar semula tinjauan seni lama untuk tontonan generasi muda tidak menjadikan anda seorang artis. Ianya hanya menjadikan anda seperti seorang guru seni”.


Dia juga menambah, “saya suka menulis dan mempersembahkan muzik pop untuk diri saya sendiri dan orang di sekeliling saya. Itu saja. Tidak perlu benda-benda lain selain itu”.

Lady Gaga yang terasa tweet itu ditujukan kepadanya terus membalas dengan mengatakan, “polis seni ada di sini (merujuk kepada Adam)”.



Walaupun tiada lagi tweet selepas itu namun menurut Huffington Post, tweet Adam itu dipercayai merujuk kepada muzik video single terbaru Lady Gaga berjudul ‘Applause’ yang memaparkan adegan filem klasik The Seventh Seal dan lukisan popular karya Sandro Botticelli pada tahun 1486 berjudul The Birth of Venus.

Oleh: AUDREY LEE

0 komentar: