Tampilkan postingan dengan label apa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label apa. Tampilkan semua postingan
Wanita dan berhias Apa kaitan nya
Label: apa, berhias, dan, kaitan, nya, wanitaWanita dan berhias memang tak dapat dipisahkan. Dari dahulu hingga kini. Wanita itu sukakan kecantikan. Memang itu fitrah dan lumrah kejadian wanita. Tetapi perlu diingatkan di sini bahawa berhias itu ada adab nya. Ada etika nya. Dan ia akan menjadi satu kesalahan apabila kita tidak mengikut etika tersebut.
Sebelum terdetik nya di hati saya untuk membuat artikel ini, telah saya buat sedikit research dan perbincangan dengan rakan-rakan seperjuangan dan Alhamdulillah mereka tahu batas-batas dan etika berhias seorang muslimah. Jadi di sini ingin saya kongsikan buat mereka yang masih lagi kabur tentang hal ini.
Sedikit pandangan yang diperoleh dari twitter.
@AkuTimun : @NajlaMohayidin Menutup aurat, jangan tabarruj. Niat kerana Allah. Biar berpakaian bersih dan cantik. Sebab Allah suka akan kecantikan ^^
@shy_y1701 : @NajlaMohayidin berlebihan dlm berhias mcm pakai baju kaler terang menyala,perfume menyengat hidung,tudung lip lap sgt mcm lampu raya,etc
@yiensmail : @NajlaMohayidin wasalam ya ukhti :) islam menyarankan wanita bhias sbb Allah itu cantik & sukakn kecantikan. tp bkn bermaksud plu berlebihan
Wahai saudariku muslimah, tahukah bahwa Islam telah mengajarkan pada kita bagaimana cara berhias yang syar’i bagi seorang wanita? Sungguh Islam adalah agama yang sempurna. Islam tidak sepenuhnya melarang seorang wanita ‘tuk berhias, justeru ia mengajarkan cara berhias yang baik tanpa harus merugikan, apalagi merendahkan martabat wanita itu sendiri.
Saudara muslimah ku yang dirahmati Allah, sesungguhnya Allah ta‘ala berfirman
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap (memasuki) masjid. Makan dan minumlah, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” (QS. Al-A‘raaf, 7: 31).
Dari ayat di atas, tampaklah bahwa kebolehan untuk berhias ada pada laki-laki dan wanita. Namun ketahuilah kalian, ada sisi perbezaan pada hukum sesuatu yang digunakan untuk berhias dan keadaan berhias antara kedua kaum tersebut. Dalam bahasan ini, kita hanya mendiskusikan tentang kaedah berhias bagi wanita.
Yang pertama sekali perkara yang perlu kita ambil tahu ialah batas aurat kita. Sebelum nak pilih apa nak pakai pastikan dulu, tanya diri, ‘baju ni tutup aurat tak?’ ‘baju ni kalau pakai boleh dapat redha Allah tak?’ perlu pastikan yang kita utamakan aurat dulu baru lah fesyen. (aurah before fashion)
Lalu, mana saja anggota tubuh wanita yang termasuk aurat? Pada asalnya secara umum wanita itu adalah aurat, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits yang artinya,
الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ، فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ
“Wanita itu aurat, apabila ia keluar (dari rumahnya) setan senantiasa mengintainya” (HR Tirmidzi, dinilai shahih oleh al-Albani).
Namun terdapat perincian terkait aurat wanita ketika ia di hadapan laki-laki yang bukan mahramnya, di hadapan wanita lain, atau di hadapan mahramnya.
Syarat yang sering kita dengar adalah dilarang bertabarruj. Apa itu tabarruj? Tabarruj dalam erti kata yang mudah dan difahami adalah berlebih-lebihan. Contohnya macam baju terlalu menarik perhatian, warna menyerlah ketat singkat. Tudung macam lampu raya. Kasut tinggi 8 inci. Make up tebal kalah Mariah Carey. Ha contohnya lah. Konklusi nya, tidak boleh berlebihan. Biar ala kadar atau simple sahaja.
Imam asy-Syaukani berkata, “At-Tabarruj adalah dengan seorang wanita menampakkan sebagian dari perhiasan dan kecantikannya yang (seharusnya) wajib untuk ditutupinya, yang mana dapat memancing syahwat (hasrat) laki-laki” (Fathul Qadiir karya asy- Syaukani).
Allah ta‘ala berfirman (yang artinya),
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأولَى
“Dan hendaklah Ente tetap di rumahmu dan janganlah Ente berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu …” (QS. Al-Ahzaab, 33: 33).
Syaikh ‘Abdur Rahman as-Sa‘di ketika menafsirkan ayat di atas, beliau berkata, “Arti ayat ini: janganlah kalian (wahai para wanita) sering keluar rumah dengan berhias atau memakai wewangian, sebagaimana kebiasaan wanita-wanita jahiliyah yang dahulu, mereka tidak memiliki pengetahuan (agama) dan iman. Semua ini dalam rangka mencegah keburukan (bagi kaum wanita) dan sebab-sebabnya” (Taisiirul Kariimir Rahmaan karya Syaikh ‘Abdur Rahman as-Sa‘di).
Dan terdapat juga berhias lain yang dilarang contohnya seperti:
~berpakaian menyerupai lelaki
~menyimpan kuku
~memakai wangian berlebihan di luar rumah (bukan untuk suami)
~cukur kening (ubah ciptaan Tuhan)
~menyimpan kuku
~memakai wangian berlebihan di luar rumah (bukan untuk suami)
~cukur kening (ubah ciptaan Tuhan)
Jadi sedikit sebanyak yang kabur mungkin sudah lebih jelas kini. Apa yang saya kongsikan ini juga merupakan peringatan buat diri saya. Moga kita semua muslimah dapat berhias dengan sebetulnya. Dan moga Allah rahmati cara pemakaian dan berhias kita. Sama-sama kita kearah itu. Moga Allah permudahkan. Andai ada teguran usulkan. Jazakumullah. Salam.
Rujukan.
Untuk Apa TV3 Siarkan Hantu Gangster
Label: apa, gangster, hantu, siarkan, tv3, untuk
Pernah satu ketika Aidilfitri beberapa tahun lalu Stesyen Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 menayangkan iklan Hari Raya yang kontroversi yang dilihat menyentuh sensitiviti umat Islam apabila iklan dicampur adukkan dengan elemen pelbagai agama.
Hasilnya, TV3 menarik semula siaran iklan itu dan memohon maaf di atas tindakan mereka. Kali ini, pada Aidilfitri kali ini TV3 pula telah menjadualkan tayangan filem arahan pengarah filem menghina Melayu dan Islam Wee Meng Chee atau Namewee.
Filem yang dipilih sudahlah tajuknya tak berfaedah “Hantu Gangster” lebih parah ia ditayangkan ketika sambutan Aidilfitri masih lagi hangat di seluruh negara. Di dalam laman web jadual TV3, tayangan filem itu dijadualkan pada 19 Ogos depan pada pukul 10 malam, waktu perdana.
Tidak layak untuk filem Namewee ditayangkan di mana-mana stesen TV di mana pun di negara ini kerana jelas, pemuda ini tidak menghargai budi yang diberikan oleh kerajaan.
Jelas dalam videonya, dia bertindak mengugut kerajaan dengan niat menghina mereka selepas kerajaan terutamanya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kebenaran tayangan filem The New Village.
Ia dikatakan mempunyai unsur mengagungkan komunis yang diangkat sebagai wira kemerdekaan negara.
Namewee mempertikaikan juga tindakan menahan dan mendakwa dua blogger seks Alvin dan Vivian selepas kontroversi mereka menghina kesucian bulan Ramadan beberapa minggu lalu.
Kini TV3, sebuah stesen televisyen tersohor nak tayangkan filem Hantu Gangster arahan si dia ni pada waktu Aidilfitri. Eloklah pihak TV3 menilai semula keputusan ini.
Jika terus ditayangkan, pasti mengundang kritikan hebat dan kecaman lagi dari orang ramai tambahan pula orang Melayu Islam di negara ini. Sudah habis kah stok Jejak Rasul yang hebat dulu untuk ditayangkan semula?? – Mynewshub.my
OLEH : IBNU K