Untuk Apa TV3 Siarkan Hantu Gangster

. Kamis, 19 Desember 2013

Pernah satu ketika Aidilfitri beberapa tahun lalu Stesyen Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 menayangkan iklan Hari Raya yang kontroversi yang dilihat menyentuh sensitiviti umat Islam apabila iklan dicampur adukkan dengan elemen pelbagai agama.

Hasilnya, TV3 menarik semula siaran iklan itu dan memohon maaf di atas tindakan mereka. Kali ini, pada Aidilfitri kali ini TV3 pula telah menjadualkan tayangan filem arahan pengarah filem menghina Melayu dan Islam Wee Meng Chee atau Namewee.

Filem yang dipilih sudahlah tajuknya tak berfaedah “Hantu Gangster” lebih parah ia ditayangkan ketika sambutan Aidilfitri masih lagi hangat di seluruh negara. Di dalam laman web jadual TV3, tayangan filem itu dijadualkan pada 19 Ogos depan pada pukul 10 malam, waktu perdana.

Fullscreen capture 15082013 61130 PM

Tidak layak untuk filem Namewee ditayangkan di mana-mana stesen TV di mana pun di negara ini kerana jelas, pemuda ini tidak menghargai budi yang diberikan oleh kerajaan.

Jelas dalam videonya, dia bertindak mengugut kerajaan dengan niat menghina mereka selepas kerajaan terutamanya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kebenaran tayangan filem The New Village.

Ia dikatakan mempunyai unsur mengagungkan komunis yang diangkat sebagai wira kemerdekaan negara.

Namewee mempertikaikan juga tindakan menahan dan mendakwa dua blogger seks Alvin dan Vivian selepas kontroversi mereka menghina kesucian bulan Ramadan beberapa minggu lalu.

Kini TV3, sebuah stesen televisyen tersohor nak tayangkan filem Hantu Gangster arahan si dia ni pada waktu Aidilfitri. Eloklah pihak TV3 menilai semula keputusan ini.

Jika terus ditayangkan, pasti mengundang kritikan hebat dan kecaman lagi dari orang ramai tambahan pula orang Melayu Islam di negara ini. Sudah habis kah stok Jejak Rasul yang hebat dulu untuk ditayangkan semula?? – Mynewshub.my

OLEH : IBNU K


1 komentar:

Unknown mengatakan...

Bodoh! Otak kat lutut