Berzina Ketika Majikan Sedang Tidur
Berzina Ketika Majikan Sedang Tidur - REMBAU : Baru enam bulan diambil bekerja sebagai pembantu rumah, seorang wanita Indonesia menunjukkan belangnya apabila dipercayai menjadikan rumah majikannya di Kampung Pulau Besar , dekat sini, tempat memadu kasih bersama teman lelakinya, warga Bangladesh.
Menurut sumber, tindak tanduk wanita 40-anitu dan teman lelakinya, yang berusia 27 tahun, dicurigai penduduk kampung sebelum rahsia mereka terbongkar malam kelmarin apabila dicekup berdua-duaan di dalam bilik di rumah itu.
Katanya, dalam kejadian jam 9 malam itu, beberapa penduduka yang melalui rumah berkenaan ternampak lelaki Bangladesh itu masukke rumah dalam keadaan mencurigakan.
“Difahamkan pembantu rumah hanya tinggal berdua dengan majikannya, wanita warga emas.
“Perbuatan wanita itu mungkin tidak disedari sebelum ini kerana warga emas itu tidur selepas waktu Isyak memandangkan keadaannya yang uzur,” katanya.
Menurut sumber, bimbang terjadi sesuati yang buruk, penduduk kampung menghubungi Jawatankuasa Masjid, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selain polis dan anak tuan rumah yang tinggal berdekatan di rumah berdekatan.
“Sebaik tiba di rumah itu, 20 penduduk mengepunf rumah manakala imam, ketua kampung dan anak tuan rumah masuk ke dalam rumah.
“Selepas pintu dibuka mereka mendapati seorang lelaki yang hanya berkain pelekat bersembunyi di belakang almari bilik bersama seorang wanita yang lengkap berpakaian,” katanya.
Menurut sumber, penduduk kampung membawa pasangan itu ke Balai Polis Rembau untuk tindakan lanjut pejabat agama Islam daerah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. – Informasi Dot My
0 komentar:
Posting Komentar