Dakwat kekal boleh hilang guna rumput
|
Walaupun jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat kekal yang digunakan dalam PRU13 tidak boleh dihilangkan, tetapi pengundi di beberapa tempat di seluruh negara, tidak bermasalah untuk menghilangnya, termasuk mereka yang berbuat demikian, dengan hanya menggosok jari telunjuk mereka dengan rumput.
Wartawan Malaysiakini Aidla Razak melaporkan bahawa pengundi di Penampang, Sabah, dapat menghilangkan dakwat kekal dari jari mereka dengan menggunakan rumput ketika mereka pulang dari pusat mengundi pagi ini.
Aidila menggambarkan bagaimana seseorang pengundi, Robert, 50, menghilangkan dakwat itu dalam beberapa minit dengan menggosok rumput di atasnya, sambil berkata beliau berbuat demikian kerana didorong oleh perasaan ingin tahu.
Anggota polis yang bertugas di Dewan Ramaya di Penampang, yang juga merupakan pengundi awal pada 30 April lalu, juga tidak ada lagi tanda dakwat kekal pada jari mereka.
Setengahnya, bagaimanapun, masih ada kesan sedikit dakwat merah jambu di bawah kuku. SPR menegaskan bahawa dakwat itu boleh kekal sekurang-kurangnya selama tujuh hari.
Calon Moyog, Bernard Lawrence Solibon daripada parti pembangkang Sabah, Star, juga mendapati perkara yang sama berlaku pada dakwat pada jarinya.
"Saya tidak letak apa-apa di atasnya," kata Solibon ketika ditemui, serta menambah ia mungkin boleh meninggalkan kesan pada kertas undi dan merosakkan banyak undi.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din juga mempunyai cerita
yang sama, dengan menyiarkan di laman Facebook gambar-gambar bagaimana beliau juga berjaya menggosok dakwat kekal dari jarinya dengan hanya menggunakan air biasa.
Katanya, beliau mengundi pada jam 8.25 pagi dan jarinya dicalit dengan dakwat kekal tersebut.
Apabila tiba di rumahnya pada jam 8.50 pagi, beliau cuba mencuci dakwat tersebut dan terkejut apabila mendapati ia hilang sepenuhnya, hanya dengan menggunakan air biasa.
Seorang editor Malaysiakini yang mengundi di pusat mengundi Jalan Cenderai Lembah Pantai itu juga melaporkan sesetengah pengundi mengadu dakwat itu boleh dibersihkan.
Tetapi ini nampaknya seperti kes-kes terpencil, bergantung kepada pusat mengundi yang pengundi pergi.

0 komentar:
Posting Komentar