29 Maut Serangan Bom Di Masjid Tripoli

. Minggu, 16 Maret 2014
0 komentar

TRIPOLI – Dua bom kereta berkempar di luar masjid di Tripoli, utara Lubnan awal hari ini menyebabkan 29 orang maut manakala lebih 360 lagi cedera.

Klip video yang disiarkan stesen televisyen menunjukkan asap hitam tebal kelihatan di bandar berkenaan dengan mayat bergelimpangan di kereta yang terbakar.

Ia seolah-olah gambaran ketika perang saudara di Lubnan yang berakhir pada 1990.

Serangan pada Jumaat itu adalah serangan bom yang kedua dalam masa seminggu.

Ia adalah serangan bom terkuat dan paling berdarah di Tripoli sejak berakhirnya perang saudara sebelum ini.

Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu. – AP
Read More..

Pengalaman Seram Pelik Di Seri Kembangan

. Sabtu, 15 Maret 2014
0 komentar
Saya nak share sikit cerita yg saya alami ketika saya tinggal di Seri Kembangan (famili saya di negeri lain).. Berdekatan dgn pasar borong selangor + Giant + Equine Park tu.. 

Ketika itu saya sewa sebuah flat kerana saya ada kerja kontrak di cyberjaya.. Setelah tinggal di situ saya rapat dgn orang2 di Surau flat itu dan saya kenali seorang warga Indon, saya namakan Ramadhani ... Dia pandai mengurut orang (saya tak pernah cuba) dan juga kdg2 dipanggil untuk halau hantu dlm orang yg kena sampuk.. Ramadhani ni tinggal di surau (ada bilik la), panjang juga cerita dia ni..





Satu ketika ketika dia perlu tempat tinggal.. oleh kerana saya tinggal satu flat sorang saja.. saya ajak dia tinggal dgn saya.. alah rumah saya bukan ada apa pun.. kami memang tidur kat ruang tamu.. situ la tidor (tilam jer) dan situ la tempat borak etc.. bilik ada bukan pakai pun.. sebab situ ada kipas kekeke...

berlaku 2 insiden pelik...

Insiden #1


Petang itu hujan renyai2.. Kawan saya dari kg baru datang.. saya jemput dan bawa ke rumah.. sampai lepas maghrib di rumah.. lepas tu saya & kawan saya jumpa Ramadhani dan kami keluar.. apabila pulang agak terkejut.. saya dapati di atas lantai ada kesan air .. dan bila saya trace dapati aliran air tersebut mengalir keluar dari bantal.. bantal saya yg di tepi dinding di ruang tamu tu basah kuyup.. kehairanan.. sebab air hujan tak pernah pun masuk walau hujan lebat.. dan tiada kesan air dari atas bumbung (kut2 bocor masuk air dari flat atas)...dan tiada kesan di tempat lain..

 

Rasa pelik sangat.. malam tu saya buang je bantal tu...


Insiden #2

Ini teramat pelik dan sampai skrg tak tahu mende sebenarnya... begini.. satu pagi saya bangun.. saya tanya ramadhani.. kenapa tak kejut subuh.. saya dapati dia tengah berzikir.. kemudian setelah siap mandi semua saya ajak minum dalam rumah la.. dia cerita.. dia tanya saya sedar atau mimpi apa2 tak malam semalam.. saya kata takder, tidur nyenyak jer.. Untuk pengetahuan semua, kami tidur di ruang tamu (gambar atas) dan baring atas tilam masing2 dan duk sebelah menyebelah ...

Ramadhani bercerita.. katanya pada suatu ketika saya bangun dan saya terbalikkan dia iaitu saya buat dia meniarap dan saya pijak belakang badan dia dan berdiri.. dia kata ketika tu dia fikir.."ah sudah apa benda pulak ni"... dan selepas itu saya kembali ke tilam saya dan saya duduk sambil kaki belunjur... si Ramadhani ni datang dan dia tekan kiri kanan kepala saya dan baca doa2 / ayat2 yg selalu dia guna utk halau setan.. tetiba katanya di muka saya tu muncul wajah harimau yg mengaum.. dan saya terus memegang kedua pergelangan tangan beliau dan beliau rasa terus tidak bertenaga.. katanya ketika itu dia pasrah apa nak jadi jadi lah .., dia perasan jam tangan di tepi tilam menunjukkan jam 3 pagi.. dan nasib baik tidak apa yg terjadi.. dia terus lembik dan tertidur sampai ke subuh...

Itu je lah ceritanya.. saya pun hairan dgn kisah ke2 tu ... teramat pelik.. lepas tu takde lah apa2 pula terjadi...

source
Read More..

GADIS LELONG DARA TEMUI PEMENANG LELONGAN LELAKI MENANG LELONGAN SEKS

. Jumat, 14 Maret 2014
0 komentar


Gadis Lelong Dara Temui Pemenang Lelongan, Lelaki Menang Lelongan Seks
MANNHEIM, Jerman : Seorang pelajar kolej dari Romania, Alina Percea, yang melelong daranya di Internet sejak dua bulan lalu akhirnya melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki berusia 45 tahun yang menjadi pemenang lelongan daranya, lapor sebuah akhbar semalam.
Remaja jelita berumur 18 tahun itu tidur bersama lelaki tersebut yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Bologna, Itali.
Lelaki itu memenangi bidaan dengan harga AS$13,599 (RM48,159) sekali gus berjaya mendapat dara Alina.
Namun dia tidak memberitahu Alina sama ada dia sudah berkahwin.
Dia turut membiayai kos penerbangan Alina ke Itali dan mereka menginap di sebuah hotel mewah di Venice.
Ketika Alina tiba di sebuah lapangan terbang di Venice, lelaki itu datang menyambutnya dengan senyuman dan menghadiahkan sekotak coklat dan berkata: “Selamat datang ke Venice.”
Wajah lelaki itu kelihatan lebih muda, berpakaian kemas, berambut hitam, bermata hijau dan sentiasa tersenyum.
Alina bersama ahli perniagaan itu sempat bersiar-siar di sekitar Venice sebelum pulang ke hotel dan melakukan hubungan seks tanpa memakai kondom.
“Kami mula bercium dan menanggalkan baju masing-masing. Dia kemudian membaringkan saya di atas katil dan mencium tubuh saya.
“Kemudian kami mula melakukan hubungan seks. Saya mula tertarik dengan lelaki itu dan menikmati hubungan seks bersamanya walaupun terasa sakit,” kata remaja itu.
Menurutnya, dia hanya melakukan hubungan seks bersama lelaki itu sekali sahaja sebelum tertidur.
Keesokan hari mereka bersarapan bersama dan merancang untuk bertemu lagi selepas itu.
Bagaimanapun, wang yang diperoleh daripada bidaan itu lebih rendah daripada jumlah wang yang diimpikan Alina iaitu AS$77,427 (RM273,899).
Alina melelong daranya dengan tujuan untuk memperoleh wang bagi membiayai kos pembelajarannya di sebuah kolej. – Agensi
Read More..

5 000 Dipindahkan Banjir Di Pahang Semakin Buruk

. Kamis, 13 Maret 2014
0 komentar

KUANTAN – Banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah, hari ini.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah terlibat ialah Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran.

“Di Rompin seramai 2,595 mangsa dari 23 kampung terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, di Pekan sebanyak enam kampung terlibat dengan 341 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan.

Di Kuantan seramai 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.

Di Maran, 633 mangsa banjir dari sembilan buah kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas.

Menurut jurucakap itu, Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik setinggi satu meter. – BERNAMA
Read More..

Adam Levine Lady Gaga Bergaduh Di Twitter

. Rabu, 12 Maret 2014
0 komentar


Laman sosial media seperti Twitter, Facebook dan Instagram kadang-kala boleh mencetuskan pergaduhan.

Perkara ini juga sering terjadi di kalangan selebriti popular sekiranya mereka tidak berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat berhubung sesuatu perkara.

Terbaru, vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine dikatakan secara tidak langsung menyindir seorang artis di laman Twitternya dengan menulis, “tindakan mengitar semula tinjauan seni lama untuk tontonan generasi muda tidak menjadikan anda seorang artis. Ianya hanya menjadikan anda seperti seorang guru seni”.


Dia juga menambah, “saya suka menulis dan mempersembahkan muzik pop untuk diri saya sendiri dan orang di sekeliling saya. Itu saja. Tidak perlu benda-benda lain selain itu”.

Lady Gaga yang terasa tweet itu ditujukan kepadanya terus membalas dengan mengatakan, “polis seni ada di sini (merujuk kepada Adam)”.



Walaupun tiada lagi tweet selepas itu namun menurut Huffington Post, tweet Adam itu dipercayai merujuk kepada muzik video single terbaru Lady Gaga berjudul ‘Applause’ yang memaparkan adegan filem klasik The Seventh Seal dan lukisan popular karya Sandro Botticelli pada tahun 1486 berjudul The Birth of Venus.

Oleh: AUDREY LEE
Read More..

7 Keajaiban Laut di Dunia

. Selasa, 11 Maret 2014
0 komentar
Read More..

Kecoh Orang Ramai Berebut iPhone

. Senin, 10 Maret 2014
0 komentar


PASADENA, California – Suasana perkhemahan terbuka di luar sebuah Kedai Apple di sini bertukar kecoh kelmarin apabila dua lelaki ditangkap kerana bergaduh manakala taktik seorang lelaki mengupah beberapa gelandangan untuk beratur bagi mendapatkan telefon pintar baharu iPhone memakan diri, kata pihak berkuasa.

Orang ramai berkhemah di luar Kedai Apple sejak malam kelmarin sementara menunggu premis berkenaan dibuka pada keesokan harinya,

Seorang pegawai polis tempatan, Leftenan Jason Clawson berkata, berpuluh-puluh penghuni sebuah rumah amal yang diupah untuk membeli iPhone tidak dibayar oleh seorang lelaki yang mengupah mereka.

“Mereka kemudian mengasak lelaki berkenaan,” kata Clawson.

Seorang lelaki gelandangan berkenaan ditahan selama 72 jam selepas dia berlari ke jalan raya dalam keadaan marah, kata Clawson.

Rakaman berita televisyen menunjukkan polis meleraikan beberapa pergaduhan kecil dan cuba menenangkan pelanggan yang marah.

Dominoe Moody, 43, memberitahu akhbar Los Angeles Times bahawa dia dibawa menaiki sebuah van sejauh 10 kilometer dari Los Angeles ke sini bersama beberapa gelandangan lain oleh seorang lelaki.

Mereka diminta beratur selama semalaman untuk menunggu kedai itu dibuka.

Moody dijanjikan upah AS$40 (RM131) tetapi menyatakan, dia tidak dibayar kerana lelaki itu ditahan polis selepas dia menyerahkan iPhone yang dibelinya kepada individu tersebut.

Kekecohan itu berlaku selepas orang ramai membuat aduan kerana berang melihat taktik lelaki itu.

“Ini tidak adil. Saya berdiri di luar kedai ini sepanjang malam,” kata Moody kepada akhbar itu sambil menambah, dia tiada pengangkutan untuk kembali ke Los Angeles.

Lelaki berkenaan yang memegang sebuah beg sarat berisi iPhone baharu versi 5S dan 5C, diusir oleh polis pada pukul 9.30 pagi kelmarin.

“Kami tidak menahannya kerana dia tidak melakukan sebarang jenayah,” kata Clawson.

Dalam kejadian berasingan beberapa jam lebih awal di kedai sama , dua lelaki ditahan kerana bertumbuk ketika beratur untuk membeli iPhone.

Tidak ada kecederaan serius dilaporkan. Polis menganggarkan sekurang-kurangnya 200 orang berada di kaki lima di luar kedai itu sejak malam kelmarin.

Menurut Clawson, pihak pengurusan kedai itu mengupah dua anggota polis bandar ini untuk mengawal orang ramai.

Model iPhone baharu 5S dan 5C berada dalam pasaran seluruh dunia sejak kelmarin. – AP
Read More..